Beliau adalah Abul Husain; Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi. Beliau dilahirkan pada tahun 204 H, dan meninggal pada hari Sabtu di akhir bulan Rajab tahun 261 H dalam usia 57 tahun.
Dalam mencari ilmu, beliau berkelana ke berbagai negara. Beliau belajar hadis dari Yahya bin Yahya, Qutaibah bin Sa‘id, Ishaq bin Rahawaih, Ahmad bin Hambal, Qa‘nabi, Harmalah bin Yahya dan imam-imam hadis lain. Beliau tiba di Baghdad tidak hanya sekali dan menyiarkan hadis di sana. Orang-orang banyak belajar hadis dengannya. Ia merupakan ahli hadis yang sangat terkenal pada masanya dalam mengetahui hadis-hadis sahih. Beliau berkata, “Saya menyusun Musnad dari 300.000 hadis yang saya dengar.” Khathib Al-Baghdad berkata, “Imam Muslim mengikuti jejak Imam Bukhari, sejajar ilmunya dan mengikuti langkahnya.”
Wallahu A’lam
Sumber : Kitab Bidayah wa Nihayah
ADS HERE !!!